Blogger Widgets

Thursday 3 May 2012

UM, UKM, USM dan UPM berstatus autonomi




Selepas Universiti Teknologi Malaysia - empat lagi universiti diberi status autonomi.

Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia - itu IPTA yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN/ MENTERI PENGAJIAN TINGGI

"Pemberian autonomi bertujuan supaya tiada lagi alasan universiti tak capai kecemerlangan, universiti selalu argue for them to excel, they must have autonomy. Mesti ada kuasa tak terikat kerajaan".

Pengktirafan itu diberikan pada majlis sempena amanat tahun baru kementerian itu.

Menerusinya - semua universiti terbabit diberi autonomi dalam empat bidang khusus, membabitkan kuasa pentadbiran institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan.

Autonomi lain - pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

Langkah itu sebahagian inisiatif mewujudkan persekitaran baru di kampus, dengan menjadikan IPTA lebih dinamik, berdaya saing dan kreatif.

No comments:

Post a Comment